Sunday, 10 February 2013

MENJAGA KESIHATAN CARA RASULULLAH s.a.w


Segala puji bagi Allah s.w.t., tuhan sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi yang mulia,penutup para nabi,Muhammad,juga kepada seluruh keluarga dan para sahabat baginda.

Di sini ingin saya berkongsi sebahagian penulisan dari kitab edaran al-Hidayah Publication untuk dijadikan sebagai panduan kesihatan semua. Tujuannya ialah supaya ianya dapat diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin memelihara kesihatan mereka atau  yang berusaha mengatasi masalah kesihatan mereka.

[Dipetik dari kitab Ibn Qayyim] Terjemahan dan tambahan Abu Mazaya al-Hafiz/al-Hidayah Publication

Tips Menjaga Kesihatan Cara Nabi

Perihal Pertama

Pengurusan Masa Dan Cara Nabi Mengatur Aktiviti

Cara Tidur

Cara tidur dan kegiatan  baginda s.a.w ialah terbaik dan paling bermanfaat untuk tubuh,seluruh organ badan dan stamina. Baginda tidur di awal malam dan berjaga pada pertengahan malam. Baginda bangun dan bersiwak,lalu berwudhu' dan solat sampai batas waktu yang dizinkan Allah s.w.t. Tubuh yang kuat dengan mendapat rehatyang cukup akan mendapat pahala. Itulah rehat yang sepatutunya diperolehi oleh setiap tubuh manusia di dunia dan di akhirat.

Rasulullah s.a.w. tidak pernah tidur melebihi keperluan, namun juga tidak menahan diri untuk tidak tidur. Dengan demikian Nabi s.a.w. melakukannya dengan cara terbaik, iaitu tidur pada ketika diperlukan dengan mengarahkan tubuh ke kanan, sambil berzikir kepada Allah hingga matanya terasa berat,tidak dalam keadaan terlalu kenyang,dan tidak terus bersentuhan dengan tanah dan tidak berbaring dia atas tilam yang terlalu tebal.

Tidur yang bermanfaat.

Tidur yang paling berkesanan adalah berbaring ke sebelah kanan agar makanan berada pada posisi yang sesuai dalam perut,memendap secara tepat. Kerana perut cenderung mengarah ke sebelah kiri sedikit. Lalu beralih ke sebelah kiri sebentar agar proses pencernaan makanan lebih cepat kerana perut mengarah ke hati, kemudian dilanjutkan dengan berbaring ke sebelah kanan agar makanan lebih cepat tersalur dari perut. Jadi berbaring ke sebelah kanan dilakukan di awal tidur dan akhir tidur.

Tidur yang berbahaya.

Terlalu banyak berbaring ke sebelah kiri dapat membahayakan jantung dan meyebabkan seluruh organ mengarah ke jantung,bahkan banyak unsur tubuh yang menyerang jantung. Tidur yang terburuk adalah terlentang. Tidur terlentang tidak menjadi masalah sekadar untuk berehat sebentar, tetapi bukan untuk tidur yang sebenarnya. Dan lebih buruk lagi tidur bertelungkup. Dalam Musnad dan Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Abu Umamah bahawa dia menceritakan,Nabi Muhammad s.a.w. pernah lalu di hadapan seorang lelaki yang sedang tidup menelungkup,maka baginda menyentuhnya dengan kaki baginda sambil bersabda,"Bangun dan duduk! Menelungkup adalah cara tidur para penghuni Neraka Jahannam."
Tidur di waktu tengahari adalah tidak baik,kerana dapat menyebabkan pelbagai penyakit akibat kelembapan tubuh,merosak kestabilan tubuh,menyebakan penyakit hempedu,melemahkan saraf,menimbulkan kemalasan,melemahkan syahwat,kecuali di musim panas pada masa tengahari. Yang paling buruk ialah tidur di awal tengahari.Namun yang lebih buruk lagi adalah tidur di akhir waktu 'asar. Sebaik Ibnu Abbas r.a melihat salah seorang anaknya tidur di pagi hari,maka beliau berkata, "Bangun,apakah engkau tidur di waktu pembahagian rezeki?"
Pagi hari adalah waktu mencari rezeki dan waktu pengagihan rezeki.

Di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada al-Barra bin Azib bahawa rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila engkay menuju pembaringan,hendaklah engkau berwudhu' seperti wudhu' hendak solat,kemudian berbaringlah ke sebelah kanan, lalu ucapkan, "Ya Allah! Sesungguhnya aku berserah diri kepada-Mu,mengarahkan wajahku kepada-Mu,menyerahkan urusanku kepada-Mu,menyandarkan tulang belakangku kepada-Mu,kerana merasa berharap dan takut kepada-Mu, Tidak ada tempat berlindung dari tempat mencari keselamatan melainkan kepada-Mu jua. Aku beriman kepada kitab-Mu yang Engkau turunkan,Nabi yang Engkau utus." Jadikanlah semua doa itu sebagai akhir ucapanmu. Kalau di malam itu engkau meninggal dunia,maka engkau meninggal di atas fitrah."

Di dalam sahih al-Bukhari dari hadith riwayat 'Aisyah r.a diriwayatkan bahawa Rasululllah s.a.w setelah selesai melakukan solat (sunat fajar), maka baginda berbaring dengan menghadapkan tubuhnya ke sebelah kanan.

Sesungguhnya orang yang tidur bagaikan orang yang meninggal dunia. Orang tidur memerlukan penjaga bagi melindungi dirinya daripada segala bencana yang menimpanya.Allah s.w.t yang menjaga orang yang tidur. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w mengajar orang yang hendak tidur untuk mengucapkan beberapa kalimah yang  mengandungi maksud penyerahan diri,perlindungan diri,rasa berharap dan takut kepada Allah s.w.t ,iaitu demi mendapat penjagaan dari-Nya.
Erti ucapan,"Aku berserah diri kepada-Mu," iaitu menjadikan dirimu seorang muslim yang berserah diri seperti seorang hamba sahaya yang menyerahkan dirinya kepada tuan dan pemiliknya.
Penyerahan diri kepada Allah s.w.t. merangkumi penyerahan diri secara keseluruhan kepada Allah s.w.t.,mengikhlaskan niat dan tujuan ibadah hanya kepada-Nya,serta beribadah dengan tunduk,pasrah dan menyerah kepada-Nya.
Firman Allah s.w.t.
"Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam),maka katakanlah, Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan(demikian pula)orang-orang yang mengikutiku." [Ali Imran ayat 20]

No comments:

Post a Comment